Piala Tun Sharifah Rodziah 2022 ialah edisi ke-33 Piala Tun Sharifah Rodziah sebuah kejohanan bola sepak wanita anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia. Juara bertahan ialah Melaka United. Perlawanan peringkat kumpulan, separuh akhir dan penentuan tempat ketiga akan berlangsung di JSA Setia Arena manakala perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur.[1]
8 pasukan menyertai kejohanan edisi terbaru di mana pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Juara dan naib juara dari setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.[2]
Pada peringkat kalah mati, jika keputusan perlawanan terikat pada masa biasa, masa tambahan akan dimainkan. Sepakan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.[perlu rujukan]