Piala Belia Malaysia 2022 juga di rujuk sebagai Liga Belia Malaysia 2022 ialah Kejohanan Ke-10 Piala Belia sejak penubuhannya pada tahun 2008. Kejohanan ini kini menjadi Kejohanan bola sepak Belia Malaysia untuk pemain berumur bawah 19 tahun.
Selangor B19 memenangi secara agregat 2–1 menentang Sri Pahang B19 di perlawanan akhir bagi merangkul gelaran.
Peringkat liga: 20 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 7 pasukan dari Zon Utara dan Timur (hanya 5 pasukan selepas Perak dan Kelantan menarik diri), Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 7 pasukan dari Zon Selatan, Timur dan Tengah manakala Kumpulan C (Zon Tengah) dengan 6 pasukan dari Zon Tengah, Timur dan Borneo.
Selepas 8, 10 atau 12 perlawanan liga, dua pasukan teratas setiap kumpulan beserta dua pasukan tempat ketiga terbaik akan mara ke suku akhir
Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik
Pasukan
Pasukan berikut akan mengambil bahagian dalam Piala Belia Malaysia 2022.[2]
Sumber: FAM-CMS Peraturan untuk klasifikasi: 1) mata; 2) perbezaan gol; 3) gol dijaringkan
Kedudukan Tempat ketiga Kumpulan
Memandangkan kumpulan A hanya mempunyai lima pasukan, maka keputusan menentang pasukan tempat ke-6 dan ke-7 dalam kumpulan B dan C tidak akan dikira dalam menentukan kedudukan ini.