Piala Presiden 2024 ialah kejohanan musim ke-36 Piala Presiden sejak penubuhannya pada tahun 1986. Liga ini kini adalah untuk liga bola sepak di Malaysia peringkat remaja (B20).
Piala Presiden 2024 ialah persaingan bola sepak amatur dalam Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak penubuhannya pada tahun 1986, 'Piala Presiden' telah menjadi kejohanan yang besar bagi pemain di bawah-21 dan bawah 23. Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan itu. Pada tahun 2015, format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain di bawah 21.[1]
Pada edisi 2024, format kejohanan Piala Presiden telah diubah semula menjadi kejohanan pemain di bawah-20.[2]
Kejohanan dimainkan seperti berikut:[3]
Pasukan berikut akan mengambil bahagian dalam Piala Presiden Malaysia 2024.[4]
Majlis undian Piala Presiden 2024 telah diadakan pada 4 Mac 2024 di saluran YouTube FAMTV Malaysia.[5] Juara dan naib juara pada edisi lepas ditarik ke dalam balang 3, manakala pasukan dari zon Borneo ditarik ke dalam balang 2 dan pasukan selebihnya ditarik ke dalam balang 1. Kedudukan A1 hingga A8 dan B1 hingga B8 adalah pasukan-pasukan yang diletakkan dalam kumpulan A dan B selepas undian.
Jadual perlawanan adalah seperti berikut.[perlu rujukan]
Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik (bermain di tempat sendiri dan tempat lawan).
AMD B17 menang 5–1 menerusi agregat dan mara ke separuh akhir.
Susunan pemain yang mengambil sepakan penalti tidak diketahui.
1–1 menerusi agregat, Selangor B20 menang 5–3 menerusi sepakan penalti dan mara ke separuh akhir.
Terengganu III menang 2–0 menerusi agregat dan mara ke separuh akhir.
Johor Darul Ta'zim III menang 7–2 menerusi agregat dan mara ke separuh akhir.
Selangor B20 menang 5–1 menerusi agregat dan mara ke pentas akhir.
Johor Darul Ta'zim III menang 4–1 menerusi agregat dan mara ke pentas akhir.
Johor Darul Ta'zim III menang 2–1 menerusi agregat dan muncul sebagai juara Piala Presiden Malaysia 2024.
4 Pemain menjaringkan 4 gol (R) adalah Rumah dan (P) adalah Pelawat.
Sumber:[11]
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.