Koordinat: 50°52′34.16″N 4°25′19.24″E / 50.8761556°N 4.4220111°E / 50.8761556; 4.4220111
Pertubuhan Kerjasama Shanghai atau SCO (Cina ringkas: 上海合作组织; Cina tradisional: 上海合作組織; pinyin: Shànghǎi Hézuò Zǔzhī; [Шанхайская организация сотрудничества] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help)) merupakan sebuah pertubuhan keselamatan-bersama antarabangsa yang dianggotai oleh China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan. SCO ditubuhkan pada 15 Jun 2001 hasil daripada pemgembangan Shanghai Five dan dinamakan SCO selepas penyertaan Uzbekistan.
Pertubuhan ini memupuk kerjasama antara negara ahli dalam bidang keselamatan, ekonomi dan kebudayaan. Ramai berpendapat bahawa pertubuhan ini merupakan imbang balas kepada NATO dan Amerika Syarikat. SCO dikatakan berperanan mengelakkan campur tangan Amerika Syarikat dalam rantau Asia Tengah melalui kerjasama keselamatan. [1]
India, Iran, Mongolia dan Pakistan telah diterima sebagai negara pemerhati dalam SCO pada 2005. Pemohonan Amerika Syarikat pula ditolak. [2]