Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dibentuk pada 1968 oleh Fathi Arafat, saudara Yasser Arafat.[5] Organisasi tersebut ialah sebuah organisasi kemanusiaan yang menjadi sebahagian daripada Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Organisasi tersebut menyediakan hospital, perubatan darurat dan perkhidmatan ambulans, dan pusat perawatan kesihatan am di Tebing Barat dan Genting Gaza.