Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Pulau Pinang. Persatuan ini menguruskan sebuah pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia iaitu Pulau Pinang FA dalam Liga Perdana Malaysia.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1921 dan merupakan persatuan bola sepak yang menguruskan pasukan bolasepak Pulau Pinang FA dalam Liga Malaysia dan dikenali dengan nama panggilan keramat iaitu Panthers @ Harimau Kumbang.