Perpustakaan Pusat Hong Kong merupakan perpustakaan terbesar di Hong Kong yang juga merupakan perpustakaan utama Perpustakaan Awam Hong Kong (PAHK) dan menggunakan ibu pejabat Perpustakaan Awam Hong Kong. Terletak di persimpangan Moreton Terrace dan Causeway Road di Causeway Bay, Perpustakaan Pusat Hong Kong ini berfungsi sebagai perpustakaan negara bagi wilayah Hong Kong.
Berhadapan dengan Pelabuhan Victoria, bangunan 12 tingkat ini berukuran 9,400 meter persegi (101,000 kaki persegi) dengan keluasan lantai 33,800 meter persegi (364,000 kaki persegi). Koleksinya terdiri daripada satu perlima daripada sistem PAHK iaitu 2.3 juta daripada 12.1 juta bahan PAHK.
Ibu pejabat PAHK terletak di aras 11 bangunan Perpustakaan.[1][2]
Rencana berkaitan China ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.