Perlawanan Akhir UEFA Euro 2008 merupakan perlawanan bola sepak yang diadakan pada 29 Jun 2008 di Stadium Ernst Happel di Vienna, Austria untuk menentukan pemenang UEFA Euro 2008. Perlawanan ini diadakan di antara Jerman dan Sepanyol, serta telah dimenangi Sepanyol dengan satu gol berbalas sifar; gol kemenangan dijaringkan oleh Fernando Torres. Ini hanya merupakan kali kedua di dalam sejarah kejohanan di mana pasukan pemenang telah menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan; pasukan lain yang pernah berbuat demikian ialah pasukan Perancis semasa 1984.
Majlis penutup kejohanan diadakan serta-merta sebelum sepak mula, serta menampilkan 400 penghibur,[2] termasuklah penyanyi Sepanyol Enrique Iglesias, yang menyanyikan lagu rasmi kejohanan, "Can You Hear Me".[3]
Pemain Terbaik: Fernando Torres Penolong pengadil: Alessandro Griselli (Itali) Paolo Calcagno (Itali) Pegawai keempat: Peter Fröjdfeldt (Sweden)
|date=
Kumpulan A: Republik Czech • Portugal • Switzerland • Turki Kumpulan B: Austria • Croatia • Jerman • Poland Kumpulan C: Perancis • Itali • Belanda • Romania Kumpulan D: Yunani • Rusia • Sepanyol • Sweden