Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) adalah sebuah badan dalam pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap kutipan cukai persekutuan dan mentadbir Kanun Hasil Dalam Negeri, undang-undang percukaian berkanun persekutuan. IRS merupakan badan di bawah Jabatan Perbendaharaan dan diketuai oleh Pesuruhjaya Hasil Dalam Negeri, yang dilantik untuk tempoh lima tahun oleh Presiden Amerika Syarikat. Antara peranan IRS termasuklah menyediakan bantuan percukaian kepada pembayar, menjalankan dan menyelesaikan kejadian pemfailan cukai yang salah dan penipuan serta menyelia pelbagai program manfaat seperti Akta Jagaan Mampu.