Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik merupakan satu perjanjian ditandatangani antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertujuan mengehadkan sistem peluru berpandu anti balistik yang digunakan dalam mempertahankan kawasan daripada serangan peluru berpandu pembawa kepala peledak nuklear tidak melebihi 100 unit.[1]
Perjanjian ini telah ditandatangani pada 26 Mei 1972, oleh Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon dan Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet Leonid Brezhnev sewaktu Sidang Kemuncak yang berlangsung pada tahun itu di Moskva. Ia masih diteruskan meskipun selepas Kesatuan Soviet dibubarkan pada 1991[2] dengan suatu memorandum dibuat agar beberapa negara dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka - Belarus, Kazakhstan, Persekutuan Rusia dan Ukraine - memegang kuasa pemegang gantian dalam perjanjian tersebut pada tahun 1997.
Ia telah dikuatkuasakan selama 30 tahun sehingga 2002, apabila Amerika Syarikat secara sebelah pihak diwakili George W. Bush menarik diri daripada perjanjian ini.[3]
Each site would consist of 100 ABMs, or a total of 200 ABMs for each country
Although the ABM Treaty continues in force, it nevertheless has become necessary to reach agreement as to which New Independent States (NIS) would collectively assume the rights and obligations of the USSR under the Treaty.