Liga Juara-Juara UEFA 2015–16 peringkat kumpulan telah bermula pada 15 September sehingga 9 Disember 2015. Sebanyak 32 pasukan bersaing di peringkat kumpulan untuk menentukan 16 tempat di pusingan kalah mati. [1]
Undian telah dibuat pada 27 Ogos 2015 di Grimaldi Forum, Monaco.[2][3] 32 pasukan telah disediakan dibahagikan lapan kumpulan, setiap kumpulan mempunyai empat pasukan, persatuan (negara) yang sama tidak boleh dalam kumpulan yang sama. Untuk cabutan, pasukan diletakkan sebagai pilihan kepada empat mata berdasarkan prinsip-prinsip berikut (baru perkenalkan pada musim ini):[4][5]
Selain itu, cabutan dikawal untuk pasukan dari persatuan yang sama dalam usaha untuk memisahkan kedua-dua pasukan sama rata kepada kedua-dua set kumpulan (A-D, E-H) untuk liputan televisyen yang terhad.
Dibawah telah senaraikan 32 pasukan yang layak ke peringkat kumpulan (mengikut Pekali Pasukan Kebangsaan UEFA pada 2015)[6] dikumpulankan mengikut balang. [9][10] Ia termasuk 22 pasukan yang masuk dalam peringkat ini, dan 10 pemenang dalam pusingan play-off (5 dari Laluan Juara, 5 dari Laluan Liga).
Hari-hari perlawanan adalah 15-16 September, 29-30 September, 20-21 Oktober, 3-4 November, 24-25 November, dan 8-9 Disember 2015.[12] Sepak mula jam 20:45 CEST / CET , kecuali hari perlawanan ke-5 di Belarus dan Rusia; dan hari perlawanan ke-2 di Kazakhstan pada jam 18:00 CEST / CET, dan perlawanan ke-4 dan ke-5 di Kazakhstan pada jam 16:00 CET. Waktu dipanjangkan sehingga 24 Oktober 2015 (hari perlawanan ke-1 hingga ke-3) mengikut Waktu Musim Panas Eropah Tengah (CEST) (UTC+2), selepas itu (hari perlawanan 4-6) mengikut masa Waktu Eropah Tengah (CET) (UTC+1).