Rampasan kuasa gagal[6]
Perkembangan penting
Majlis Keamanan Turki
Kerajaan Turki
Pada 15 Julai 2016, satu cubaan rampasan kuasa (coup d'état) telah gagal untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di Turki. Rampasan kuasa ini dipercayai didalangi oleh sekumpulan kecil anggota tentera dari Angkatan Tentera Turki.[16][17][18] Sekurang-kurangnya 265 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera. Di Ankara, Parlimen Turki telah dibom.[7][8][9][10] Tembakan juga terdengan di lapangan terbang utama di Ankara dan Istanbul.[19]
Majoriti reaksi dari dalam dan luar negara menentang cubaan rampasan kuasa ini. Parti pembangkang utama di Turki, mengutuk cubaan ini, sementara beberapa pemimpin antarabangsa seperti Amerika Syarikat, NATO, dan Kesatuan Eropah mendesak agar institusi demokrasi dan para pemimpin dan dipilih dihormati.[20][21] Satu cadangan kenyataan mengecam rampasan kuasa yang disediakan oleh Majlis Keselamatan PBB tidak diterima oleh Mesir, sebuah negara anggota bukan tetap.[22]
Kerajaan sekarang dengan pantas mengistiharkan cubaan ini satu kegagalan dan mula mendakwa mereka yang terlibat. Reaksi rasmi pertama datang daripada Perdana Menteri Binali Yıldırım yang bercakap pada pihak media sehari kemudian, berkata situasi "dapat dikawal sepenuhnya". Penahanan besar-besaran terhadap 2,839 orang tentera dan 2,745 orang hakim dipecat.[23][24]
Sejak negara moden Turki ditubuhkan pada tahun 1923, Angkatan Tentera Turki (TSK) telah melakukan rampasan kuasa tiga kali pada tahun 1960, 1971, dan 1980—dan pada tahun 1997 campur tangan melalui satu memorandum ketenteraan.[25] Dari segi sejarah, tentera Turki melihat diri mereka sebagai penjaga negara sekular Turki yang diasaskan oleh Mustafa Kemal Atatürk.[25]
Pada tahun-tahun sebelum berlakunya cubaan rampasan kuasa 2016, perbicaraan Ergenekon telah dijalankan, di mana ia dilihat sebagai cubaan oleh pemimpin awam Turki di bawah Presiden Recep Tayyip Erdoğan untuk mewujudkan dominasi ke atas ketenteraan.[25][26] Dalam perbicaraan pada tahun 2013—ia dilihat "sensasi"[25] dan "salah satu yang terbesar dalam sejarah Turki"[26]—275 orang, termasuk para pegawai kanan tentera, wartawan, peguam dan ahli akademik, telah dituduh merancang satu rampasan kuasa pada tahun 2003 dan 2004 dalam satu sebahagian dari rangkaian rahsia yang bernama "Ergenekon" menentang perdana menteri Erdoğan.[26] (beberapa pegawai tentera telah dituduh terlibat dalam plot tuduhan berasingan, Sledgehammer.)[26] Pengakuan "Ergenekon" telah dijukirbalik pada bulan April 2016 oleh mahkamah rayuan tertinggi Turki, yang mana memutuskan kewujudan rangkaian ini tidak dapat dibuktikan.[26][27]
Pada 13 Julai, kurang dua hari sebelum rampasan kuasa dilancarkan, Erdoğan telah menandatangani satu rang undang-undang yang memberi anggota tentera Turki kekebalan daripada didakwa semasa menganbil bahagian dalam operasi keselamatan dalam negera, di mana kes-kes pendakwaan ke atas para komander perlu mendapatkan kelulusan daripada perdana menteri, sementara kes-kes melibatkan dakwaan ke atass tentera berpangkat rendah perlu mendapatkan kelulusan gabenor daerah. Rang undang-undang imuniti ini dilihat sebagai sebahagian daripada satu détente di antara kerajaan dengan angkatan tentera, di mana berlakuk peningkatan dalam operasi ketenteraan di kawasan pendudk Kurdish oleh unit-unit polis dan separa tentera.[28]
Semasa kejadian cubaan rampasan kuasa ini, Erdoğan sedang bercuti di sebuah kawasan di barat daya Turki.
Pada 15 Julai 2016, mengikut laporan sebelum 11:00 PM waktu tempatan, jet-jet tentera dilihat terbang di ruang udara Ankara, dan kedua-dua jambatan Fatih Sultan Mehmet dan Bosphorus di Istanbul dari arah Anatolia ke Eropah telah ditutup.[19][29][30]
Perdana Menteri Turki, Binali Yıldırım mengatakan bahawa tindakan tentera telah "dilakukan di luar rangkain perintah" dan ia adalah satu "cubaan haram" untuk merampas kuasa "dengan menggunakan ketenteraan".[16] Beliau kemudian menambah mereka yang terlibat "akan mendapat hukuman setimpal."[31] Media tempatan juga melaporkan kereta kebal berada di Lapangan Terbang Atatürk, Istanbul.[32] Laporan juga menyebut para pengguna Internet dalam Turki telah dihalang daripada menggunakan Twitter, Facebook, dan YouTube.[33][34] Tepai Twitter kemudian mendakwa bahawa mereka "tidak mempunyai sebab untuk berfikir mereka telah dihalang seluruhnya".[35] Beberapa tahanan telah dibawa ke ibu pejabat tentera, termasuk Ketua Staf Jeneral Turki Hulusi Akar.[36] Tentera juga memasuki pejabat Parti Pembangunan dan Keadilan di Istanbul dan meminta staf untuk meninggalkan bangunan.[37]
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Turki berbunyi: "Angkatan Tentera Turki telah mengambil alih sepenuhnya pentadbiran negara bagi mengembalikan perlembagaan, hak-hak kemanusiaan dan kebebasan, pemerintahan undang-undang dan keselamatan awam yang telah dirosakkan. […] Kesemua perjanjian antarabangsa masih lagi sah. Kami berharap agar hubungan baik kami dengan kesemua negara berterusan."[38][39] Tentera menyatakan bahawa ia "dilakukan bagi memelihara suruhan demokrasi, dan pematuhan undang-undang menjadi keutamaan".[40] Arahan Jeneral Tentera Pertama di İstanbul mendakwa bahawa Angkatan Tentera Turki tidak menyokong rampasan kuasa ini dan para dalang mewakili sekumpulan kecil dan golongan ini hampir dapat dikawal.[17]
Pada 21:02 UTC, Reuters melaporkan bahawa tentera Turki berada di dalam bangunan penyiaran negara Turki, Perbadanan Radio dan Televisyen Turki (TRT) di Ankara.[38] Selepas tentera merampas kawalan, tentera telah memaksa Tijen Karaş untuk membaca sebuah kenyataan yang berbunyi "pemerintahan undang-undang demokrasi dan sekular telah dihakis oleh kerajaan sekarang" dan Turki kini dipimpin oleh "majlis keamanan" yang akan "memastikan keselamtan rakyat."[34][41] Saluran TRT dihentikan siarannya.[38]
Lapangan Terbang Atatürk Istanbul telah ditutup; semua penerbangan daripada lapangan terbang dibatalkan.[42]
Tentera mendakwa satu perlembagaan baru akan disediakan "secepat mungkin."[40] Satu letupan di ibu pejabat TRT dan tembakan senjata dilaporkan di Ankara.[40]
Kereta kebal menembak berdekatan Bangunan Parlimen Turki.[38] Bangunan parlimen juga ditembak dari udara.[7][8][43] Kecederaan dilaporkan dalam kalangan penunjuk perasaan di Jambatan Bosphorus diikuti dengan tembakan senjata.[40][9]
Sebuah helikopter milik kumpulan menyokong rampasan kuasa telah ditembak jatuh oleh jet pejuang Turki.[40][44] Terdapat laporan yang menyebut jet-jet tentera terbang di ruang udara bagi "meneutralkan" helikopter yang digunakan oleh dalang rampasan kuasa ini.[40]
Pada 12:10 UTC, Angkatan Tentera Turki mendakwa telah sepenuhnya mengawal negara melalui tapak sesawang mereka.[45]
CNN Türk melaporkan bahawa satu bom meletup di parlimen Turki membunuh 12 orang manakala dua orang lagi cedera parah.[46] Sebuah helikopter yang dimiliki oleh tentera yang pro-rampasan kuasa juga dilihat terbang di atas. Setengah jam selepas laporan mangsa korban parlimen, anggota tentera memasuki ibu pejabat CNN Türk dan memaksa studio ditutup dari ke udara.[46][38][40] Selepas sejam gangguan daripada tentera pro-rampasan kuasa, CNN Türk menyambung semula siarannya.[47]
Tentera mengambil alih kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk tidak lama selepas Presiden membuat kenyataan di sana.[40]
Laporan awal menyebut Presiden Recep Tayyip Erdoğan berada dalam keadaan selamat di Marmaris, barat daya Turki, di mana merupakan tempat beliau bercuti,[29] meskipun terdapat laporan mengatakan beliau telah melarikan diri keluar negara dengan menggunakan jet peribadi.[48][49] Dalam sebuah wawancara melalui FaceTime dengan CNN Türk, Erdoğan menyeru para penyokong beliau untuk keluar ke jalanan bagi membantah perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak tentera, mengatakan "Tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasa rakyat. Biar mereka buat apa yang mereka mahu di dataran dan lapangan terbang."[25]
Presiden juga mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa tentera yang setia kepada Fethullah Gülen dan Pergerakkan Hizmet beliau merupakan dalang di belakang cubaan rampasan kuasa ini.[50][51][52] Bagaimanapun, Persekutuan Perkongsian Bersama, sebuah kumpulan bukan untung yang berkait dengan Gülen, mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa ia mengutuk sebarang campur tangan tentera dalam politik tempatannya, dan mengatakan bahawa tuduhan Erdogan menentang pergerakkan mereka adalah 'sangat tidak bertanggungjawab'.[53]
Selepas ketidakpastian berkenaan kedudukan Presiden Erdoğan, para pegawai kanan Turki menyatakan kepada agendi-agensi berita bahawa pesawat Presiden Erdoğan terbang dan mendarat di Istanbul. Laporan-laporan ini kemudian disahkan[40][38]. Erdoğan muncul di kaca TV secara langsung daripada Istanbul dan mengatakan bahawa beliau mempunyai rancangan untuk "membersihkan" pasukan tentera.[40]
Pejabat Presiden Turki mengatakan bahawa Presiden Erdoğan sedang bercuti di luar Turki dan berada dalam keadaan selamat, dan mengutuk cubaan rampasan kuasa sebagai serangan ke atas demokrasi.[38][32] Satu sumber presiden juga mengatakan bahawa Erdoğan dan kerajaan beliau masih memegang kuasa.[40] Bercakap dalam sebuah program TV melalui FaceTime, Erdoğan menyeru rakyat Turki untuk keluar ke jalanan.[38][40][54] Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmuş muncul di kaca TV, menyatakan bahawa parti pemerintah Turki, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) masih mengetuai kerajaan. [40] Datuk Bandar Ankara, Melih Gökçek dari AKP, menggalakan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan kota untuk membuat demonstrasi, meskipun perintah berkurung dikuatkuasa oleh pihak tentera yang merampas kuasa.[34]
Dalam kalangan parti-parti pembangkang Turki, Parti Rakyat Republik (CHP) mengeluarkan kenyataan bantahan terbuka mereka akan rampasan kuasa ini, dan Hürriyet Daily News melaporkan bahawa pemimpin Parti Pergerakan Kebangsaan (MHP) Devlet Bahçeli telah menelifon Perdana Menteri Binali Yıldırım bagi menyatakan bantahan beliau ke atas rampasan kuasa.[55] Pengerusi bersama Parti Demokrratik Rakyat (HDP) mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa parti "dalam semua keadaan dan dari segi prinsip menentang sebarang bentuk rampasan kuasa..."[56]
<ref>
reuters
APLiveBlog
mhp_oppose
hdp_oppose
|publisher=
We urge U.S. citizens to contact family and friends to let them know you are safe.