Perang Uthmaniyah–Venetia Ketujuh berlaku di antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyyah di antara tahun 1714 hingga 1718. Ia merupakan konflik terakhir di antara dua kuasa, dan tamat dengan kemenangan Uthmaniyah dan kehilangan pegangan Venice ke atas wilayah besar di Semenanjung Greek, Peloponnese (Morea). Venice telah diselamatkan dari kekalahan teruk dengan campurtangan Austria pada tahun 1716. Kemenangan Austria membawa kepada tandatangan dalam Perjanjian Passarowitz pada tahun 1718, di mana menamatkan perang ini. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Morea Kedua,[2] Perang Kecil atau di Croatia, Perang Sinj.[3]
Dalam Perang Turki Besar (1684–1699), Empayar Uthmaniyah telah dipaksa melepaskan beberapa pegangan wilayah kepada Austria dan Venice, termasuk Semenanjung Morea. Uthmaniyah berciti-cita tinggi untuk membalikkan kekalahan ini, dan Venice, yang merupakan paling lemah antara keduanya, dipilih menjadi sasaran pertama. Masanya tiba pada tahun 1714: Uthmaniyah baru sahaja berjaya dalam konflik dengan Rusia, dan Austria telah terbabit dalam Perang Pewarisan Sepanyol.
|coauthors=
|author=
|trans_title=