Pentas Akhir Piala AFF 2024 (juga dikenali sebagai Pentas Akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 disebabkan oleh penajaan syarikat) adalah sebuah perlawanan bola sepak yang akan dimainkan di antara pasukan yang mara ke pentas akhir ini, bagi menentukan juara Piala AFF 2024. Ia adalah perlawanan akhir edisi ke-15 Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN.
Perlawanan akhir akan dimainkan antara pasukan yang memenangi separuh akhir di antara Vietnam dan Thailand.
Pasukan yang mara ke pentas akhir akan bermain dua perlawanan akhir iatu bermain di tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik dan pemenang perlawanan akan disahkan menerusi keputusan agregat ataupun peraturan gol tempat lawan. Jika berlaku satu keputusan terikat antara pasukan berkenaan dalam masa sebenar 90 minit, masa tambahan akan digunakan dan jika masih juga terikat, penalti akan terus dimainkan bagi menentukan pemenang.
Berikut di bawah adalah dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
Dua bandar tuan rumah di pilih bagi perlawanan Pentas Akhir Piala AFF 2024.
Nota: Dalam semua keputusan di bawah, jaringan peserta diberikan terlebih dahulu.
Pemain Terbaik Perlawanan: Nguyễn Xuân Son (Vietnam)[3]
Penolong pengadil:[4] Zahy Al Shmari (Qatar) Khalid Ayed (Qatar) Pegawai keempat: Tuan Mohd Yaasin (Malaysia) Pembantu pengadil video: Muhammad Taqi (Singapura) Penolong pembantu pengadil video: Du Jianxin (China)
Pemain Terbaik Perlawanan:
Penolong pengadil:[5] Park Sang-jun (Korea Selatan) Kang Dong-ho (Korea Selatan) Pegawai keempat: Thoriq Alkatiri (Indonesia) Pembantu pengadil video: Du Jianxin (China) Penolong pembantu pengadil video: Choi Hyun-Jae (Korea Selatan)