Pengawalan Bibliografik Nasional atau National Bibliographic Control (NBC) merupakan proses yang merangkumi pengumpulan dan pengkatalogan bahan yang mempunyai unsur nasional. Proses ini telah dijalankan ke atas seluruh negara di dunia ini.
Matlamat pertama NBC ialah meningkatkan & memperkasakan NBC iaitu menekankan ke atas perancangan perpustakaan negara, dokumentasi dan kemudahan arkib. Untuk melaksanakan matlamat pertama ini, kerjasamaan dengan kerajaan dari negara masing-masing diperlukan terutama untuk membantu dari segi kewangan. Namun, ia bukanlah sesuatu yang menyukarkan kerana secara teori perbelanjaan untuk perpustakaan negara kebiasaannya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk memasukkannya dalam belanjawan tahunan negara masing-masing. Matlamat kedua ialah memberi sumbangan ke atas perpustakaan negara masing-masing dan jaringan pengetahuan. Sumbangan ke atas perpustakaan negara yang lebih berkesan oleh NBC diharapkan dapat memudahkan hubungan antara perpustakaan samaada dalam negara mahupun luar. Ia digelar Pinjaman Antara Perpustakaan atau Inter-Library Loan (ILL) Matlamat ketiga ialah membangunkan perpustakaan negara dan koleksi arkib. NBC membantu segala bantuan yang membabitkan pembangunan perpustakaan negara di seluruh dunia yang mana ia membabitkan pembangunan secara fizikal, koleksi, jaringan pengetahuan dan sebagainya. Matlamat keempat dan juga terakhir ialah untuk bertanggungjawab dalam pencarian dan penyimpanan rekod bahan untuk kemudahan perpustakaan negara, pusat maklumat dan arkib.
Agensi Bibliografik Nasional atau National Bibliographic Agency (NBA) merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab dalam meningkatkan NBC pada peringkat nasional. NBA akan bertanggungjawab dalam menyediakan rekod bibliografi untuk setiap penebitan baru dalam negara berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh bibliografi antarabangsa dan ia perlu diterbitkan secepat mungkin untuk menghalang limpahan maklumat (information overload) dan penyalinan tanpa hak kepada umum.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertindak sebagai Agensi Bibliografik Nasional di Malaysia. PNM akan bertanggungjawab dalam menyediakan rekod bibliografik untuk semua bahan yang diterbitkan dalam Malaysia berdasarkan Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987.