Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Malaysia Airlines Flight 653(Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653), sebuah pesawat Boeing 737-2H6 didaftarkan sebagai 9M-MBD (dihantar September 1972 sebagai 9M-AQO), jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor, di Malaysia pada petang 4 Disember 1977.[1] Ia adalah kemalangan yang pertama dan paling membawa maut untuk Malaysia Airlines, dengan kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta.[2][3] Penerbangan ini kelihatan seperti dirampas sebaik sahaja ia mencapai altitud jajap. Keadaan bagaimana perampasan dan seterusnya kejatuhan terhempas terjadi masih belum diselesaikan.
Nombor penerbangan
Kini, Malaysia Airlines menggunakan penerbangan 653 sebagai penerbangan dari Pulau Pinang ke Singapura setiap hari, berlepas pada pukul 11:05 dan tiba pada pukul 12:25.
Urutan kejadian
Penerbangan 653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Landasan 22 pada pukul 1921 GMT+8 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah).[4] Penumpang termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad;Pengarah Jabatan Kerja Raya Dato' Mahfuz Khalid; dan Duta Besar Cuba ke Malaysia.[1][5] Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor. Juruterbang pesawat itu adalah Pegawai Pertama Karamuzaman Jali.
Pada jam 19:54, ketika pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor melaporkan kehadiran "Perampas yang tidak dikenali" ke Menara Subang. Pihak Lapangan Terbang menerima laporan tersebut dan seterusnya membuat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang.
Beberapa minit kemudian, Kapten Ganjoor berkata melalui radio: "We're now proceeding to Singapore..." ("Kami kini menuju ke Singapura..."). Namun Pesawat MH653 tidak mendarat di Singapura.[7]
Pada jam 20:15,Kesemua hubungan komunikasi dengan Penerbangan MH653 telah terputus.
Pada Jam 20:36, Penduduk Kampong Ladang, Tanjong Kupang, Johor melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya. Bangkai pesawat tersebut akhirnya dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut melanggar bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut hampir menegak. Tiada seorang pun daripada kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut terselamat.
Akibat
Sesetengah mengagak bahawa Tentera Merah Jepun bertanggungjawab, walaupun tiada bukti lanjut diberikan untuk menyokong hipotesis ini telah dimajukan.[8]
Kesemua mayat anak kapal dan penumpang menjalani pemeriksaan sinar-X dalam percubaan untuk mencari tinggalan projektil ataupun senjata, namun tiada satu pun yang dijumpai. Kesemua mayat mereka kemudiannya dikebumikan di dalam satu liang lahad besar.[9]
Peringatan
Tapak Peringatan Nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia.[5] Ianya dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 8 Disember 1977, 4 hari selepas nahas.
• Enrich (Program Penerbangan Kerap Malaysia Aviation Group)
• Izham Ismail (CEO Malaysia Airlines)
• Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (Pengerusi Malaysia Airlines)
• Mr. Philip See (CEO Firefly)
• Kapten Nasaruddin A.Bakar (COO MASwings)
• Mr. Shahari Sulaiman (Pengarah Pengurusan MASkargo)
• MYX: 3786 (Malaysia Airlines / Malaysia Airlines Berhad)
• Borneo Airways (AB) (Limited) (1953 : sebagai Sabah Airways Ltd., 1957 : sebagai Borneo Airways Ltd.) (April, 1965 : diserap ke dalam Malaysian Airways,untuk menubuhkan Penerbangan Malaysia-Singapura / Malaysia-Singapore Airlines)
• Malayan Airways (ML) (1946 : sebagai Malayan Airways Limited, 1963 : sebagai Malaysian Airways Limited, 1966 : sebagai Malaysia-Singapore Airlines / Penerbangan Malaysia-Singapura) (September, 1972 : berpecah menjadi Malaysia Airlines dan Singapore Airlines)