Sebuah sistem pencarian dan penjejakan infra merah (IRST) (kadang kala disebut juga sebagai penjejakan dan penglihatan infra merah) adalah satu kaedah untuk mengesan dan menjejak objek-objek yang mengeluarkan radiasi infra merah (lihat tanda infra merah) seperti pesawat jet dan helikopter.[1]
IRST adalah satu kes umum bagi forward looking infrared (FLIR), iaitu mencari kesedaran situasi di semua sudut. Sistem ini seperti kamera thermografi pasif, bermaksud ia tidak mengeluarkan sebarang radiasinya sendiri tidak seperti radar. Ini memberi kelebihan di mana ia sukar untuk dikesan.
Sistem IRST moden yang terbaik adalah:
Pesawat pejuang ini membawa sistem IRST berbanding radar yang akan digunakan sekiranya keadaan memerlukan, seperti apabila ia membayangi pesawat lain, di bawah kawalan pesawat kawalan dan amaran awal udara (AWACS), atau melaksanakan pemintasan dikawal dari darat, di mana sebuah radar luar digunakan untuk membantu mengarah pesawat terbang ke sasaran dan IRST digunakan untuk mengambil dan menjejak sasaran setelah pesawat berada dalam julatnya.