Penandaan permukaan jalan raya atau garisan jalan adalah bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri daripada garisan memanjang serta penanda jalan seperti anak panah. Ianya berfungsi sebagai menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya dan mengawal aliran trafik lancar.[1]
Hari ini, garisan jalan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada pemandu yang merangkumi masalah navigasi, keselamatan dan penguatkuasaan yang menyebabkan penggunaannya dalam pemahaman persekitaran jalan raya dalam sistem bantuan pemandu yang amat canggih dan pertimbangan untuk penggunaan masa depan dalam kenderaan pandu sendiri.[2]
Edward N. Hines adalah anggota Suruhanjaya Jalan Wayne County di Michigan, Amerika Syarikat, dianggap sebagai penemu garisan jalan.[3] Idea itu muncul setelah melihat gerobak susu yang telah bocor dan meninggalkan jejak di jalan.[4] Garisan jalan yang dicat pertama kali digunakan pada tahun 1911 di River Road di Trenton, di Wayne County.[5] Idea sederhana ini diakui sebagai salah satu alat keselamatan lalu lintas tunggal yang paling penting dalam sejarah pengangkutan lebuh raya.[4][6]
10 tahun kemudian (1921) di bandar Sutton Coldfield, pinggir bandar Birmingham di United Kingdom, garisan jalan pertama kali muncul di Britain. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya begitu berjaya sehingga sistem ini dinaikkan ke peringkat piawaian dunia.[7]
Pepaku jalan adalah alat kawalan lalu lintas yang digunakan secara umum untuk memberi kesan baik kepada pemandu semasa waktu hujan.[8] Ianya dicipta oleh Percy Shaw dari Boothtown, Halifax, West Yorkshire, England pada tahun 1930.[9] Antara lokasi-lokasi yang memerlukan pepaku jalan ialah selekoh, persimpangan, hujung pembahagi jalan dan sebagainya.[8]
Jalur bergetar adalah ciri keselamatan jalan raya untuk memberikan amaran kepada pemandu yang hilang tumpuan disebabkan mengantuk atau keletihan dengan melalui bunyi getaran dan gegaran permukaan apabila tayar bergerak di atas permukaan jalur tersebut.[10] Dengan adanya jalur bergetar, ianya dapat menyedarkan pemandu yang tersasar dari laluan jalan raya yang sepatutnya pemandu berada atau untuk mengelakkan memasuki laluan bertentangan arah dan akan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.[10]
Cat, kadang-kadang dengan bahan tambahan seperti manik kaca pantul songsang,[11] dan biasanya digunakan untuk menandakan garisan jalan. Ianya juga digunakan untuk menandai ruang di tempat letak kereta atau ruang tujuan khas untuk tempat letak kenderaan kurang upaya, dan kawasan parkir terhad.
Di jalan-jalan yang ditar dengan batu-batuan atau batu bata, garisan jalan ini boleh dibuat dengan batu berwarna putih, seperti marmar atau batu berwarna terang lainnya. Penandaan sejenis ini tahan lama, tetapi boleh menjadi licin dalam keadaan hujan atau basah.
Manik kaca atau glass beads digunakan untuk memantulkan cahaya dari permukaan garisan jalan yang dapat dilihat sama ada basah atau kering.[1][12]
Berikut adalah jenis garisan jalan: