Parti Demokrasi Baru[8] (Greek: Νέα Δημοκρατία, Néa Dimokratía, harfiahnya "Republik Baharu", singkatan ΝΔ, ND,) ialah sebuah parti utama di Yunani. Ia diasaskan pada 1974 oleh Konstantinos Karamanlis, dan terus memenangi pilihan raya pertamanya. Kemudian, sekitar 1980-an dan 1990-an ND menjadi parti pembangkang dalam Parlimen. Pada 7 Mac 2004 dalam pilihan raya perundangan, ND kembali menerajui kerajaan selepas parti itu dipimpin oleh Kostas Karamanlis sehingga Oktober 2009. Antonis Samaras menjadi presiden baru pada November 2009.
Pada 6 Mei 2012, pilihan raya umum diadakan lebih awal bagi menyelesaikan kemelut politik yang timbul akibat krisis hutang Eropah amnya dan Greece khasnya. ND mendapat undi terbanyak, dengan 108 daripada 300 kerusi. Tanpa majoriti, ND memiliki tiga hari untuk membentuk kerajaan campuran,[9] namun gagal. Parti lain juga gagal.[10] Akibatnya, pilihan raya baharu dijalankan pada 17 Jun. ND mendapat undi terbanyak, menambah 21 kerusi menjadi 129 semuanya, tetapi masih kurang daripada 151 kerusi yang perlu bagi mendapat majoriti.[11] Atas dasar isu penyelesaian krisis ekonomi, ND berjaya membentuk kerajaan "pro-euro" dengan kerjasama PASOK dan DIMAR. Antonis Samaras menjadi Perdana Menteri baharu.[12]
|access-date=
|url=