Paku Pontianak ialah filem seram Malaysia 2013 arahan Ismail Bob Hashim.[1] Dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sebagai tunjang utama, filem ini ditayangkan pada 22 Ogos 2013. Ia merupakan filem seram kedua arahan Ismail selepas Sumpahan Kum Kum (2012).
Sinopsis
Akibat rasa bersalah kerana melanggar Melati, Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas kejadian itu. Gadis yang bernama Melati itu menghidap amnesia dan telah lupa ingatan. Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati sedang menghantui hidupnya.
Pelakon
Keluaran dan sambutan
Paku Pontianak dikeluarkan pada 22 Ogos 2013 di pawagam seluruh Malaysia.
Rujukan
Pautan luar