Orang Burma di Malaysia kebanyakannya adalah buruh kasar dan pelarian. Banci Myanmar 2014 menyenaraikan 303,996 individu Burma yang tinggal di Malaysia. Sehingga November 2014, terdapat kira-kira 139,200 pelarian Burma berdaftar di bawah UNHCR yang mana 50,620 adalah kaum Chin, 40,070 adalah Rohingya, 12,160 Panthay dan 7,440 lagi adalah Rakhine/Arakan.[2] Bagaimanapun, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf semua pelarian yang baru tiba secara rasmi kerana ia mungkin menggalakkan lebih ramai memasuki Malaysia setelah pegawai-pegawai Malaysia menyatakan mereka mungkin akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.[3] Ramai pekerja baru dan pelarian sering ditangkap pemerdagang manusia dan dibunuh oleh penjenayah lain.[4]
Lihat juga
Rujukan
Bacaan lanjut