Orang Rohingya (/roʊˈhɪndʒə, -ɪŋjə/; Bahasa Rohingya: 𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝, IPA: [rʊˈɜi̯ɲ.ɟə]) merupakan satu kelompok etnikIndo-Arya tanpa negara yang majoritinya beragama IslamSunni dari Negeri Rakhine, Myanmar.[11] Sebelum genosid Rohingya pada tahun 2017, di mana lebih 740,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh,[14][15][16] terdapat 1.4 juta orang Rohingya yang tinggal di Myanmar. Dikenali oleh wartawan dan media sebagai salah satu minoriti paling tertindas di dunia, orang Rohingya dinafikan kewarganegaraan di bawah undang-undang kewarganegaraan Myanmar 1982. Mereka juga menghadapi sekatan kebebasan pergerakan, sekatan mengakses pendidikan, dan pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Keadaan undang-undang yang dihadapi oleh Rohingya di Myanmar telah dibandingkan dengan apartheid oleh beberapa ahli akademik, penganalisis, dan tokoh politik, termasuk pemenang Nobel Uskup Desmond Tutu, seorang aktivis anti-apartheid dari Afrika Selatan. Pemindahan besar-besaran Rohingya pada tahun 2017 menyebabkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyiasat jenayah terhadap kemanusiaan, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat genosid.
Sejarah
Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.[17]
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Bahai Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.[perlu rujukan]
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Burma mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Burma. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Burma di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri LuarIndonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.[19]
Pelarian
Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, Malaysia, UAE, Thailand, dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.[20]
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.[21] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.[22]
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang Rohingya berada di Burma. Kofi Annan telah menubuhkan suruhanjaya penasihat. Cadangan akhir diumumkan pada bulan Ogos 2017.[23]
Cendekiawan Rohingya pernah menulis bahasa Rohingya dalam berbagai aksara, di antaranya adalah abjad Arab, aksara Hanifi, alfabet Urdu, alfabet Rumi dan tulisan Burma. Aksara Hanifi merupakan suatu sistem tulisan yang baru dicipta dan berdasarkan abjad Arab dengan memiliki huruf tambahan dari alfabet Rumi dan Burma.
Berikut adalah beberapa contoh ayat dalam bahasa Rohingya:[24]
Oleh sebab umat Islam Rohingya yang berada di Negeri Rakhine tidak dianggap sebagai warganegara Burma, mereka tidak dilindungi daripada penindasan agama oleh kerajaan Burma. Maka, ada kekhuatiran tentang kebebasan beragama komuniti Rohingya di Burma, terutamanya dalam bidang undang-undang dan politik.[25]
^Abdelkader, Engy (1 July 2014). "The Rohingya Muslims in Myanmar: Past, Present, and Future". Oregon Review of International Law (2014 Forthcoming) (dalam bahasa Inggeris). SSRN2277949.
Rujukan
"Rohingya". Banglapedia, Asiatic Society of Bangladesh. Dicapai pada Jun 2005. Check date values in: |accessdate= (bantuan)