Node.js ialah sistem perisian sebelah pelayan yang direka untuk menulis aplikasi Internet boleh skala, umumnya pelayan web.[1] Atur-atur cara ditulis dalam JavaScript di bahagian pelayan, menggunakan I/O taksegerak berpacu peristiwa untuk meminimumkan overhed dan memaksimakan kebolehskalaan.[2]
Node.js adalah himpunan pakej bagi enjin JavaScript V8 Google, lapisan pengabstrakan pelantar libUV, dan sebuah pustaka teras yang ditulis terutamanya dalam JavaScript.
Node.js dicipta oleh Ryan Dahl bermula dari tahun 2009, dan perkembangannya ditaja oleh majikannya, Joyent.[3][4]
Berikut ialah pelaksanaan lengkap hello world sebagai pelayan HTTP dalam Node.js:
var http = require('http'); http.createServer( function (request, response) { response.writeHead(200, {'Content-Type': 'text/plain'}); response.end('Hello World\n'); } ).listen(8000); console.log('Pelayan dijalankan di http://localhost:8000/');
Kod berikut ialah pelayan TCP ringkas yang mendengar pada port 7000 kemudian echo 'hai' semasa bersambung:
var net = require('net'); net.createServer( function (stream) { stream.write('hai\r\n'); stream.on( 'end', function () { stream.end('selamat tinggal\r\n'); } ); stream.pipe(stream); } ).listen(7000);
|publisher=