Muzium Kebangsaan Transmigrasi (bahasa Indonesia; Museum Nasional Ketransmigrasian) adalah salah satu muzium nasional Indonesia yang mendokumenkan catatan sejarah tentang kejayaan proses transmigrasi di Indonesia yang terletak di Provinsi Lampung.[1] Muzium ini merupakan muzium transmigrasi pertama dan yang satu-satunya yang ada di dunia.[2] Muzium ini tepatnya terletak di Desa Bagelen, Kecamatan Gedong Tataan, Kabupaten Pesawaran. Muzium Kebangsaan Transmigrasi ini dibina bagi merekodkan sejarah mengenai proses transmigrasi iaitu rancangan perpindahan penduduk secara besar-besaran dalam masa yang singkat ke satu kawasan pembukaan tanah baharu sebagaimana yang dilakukan di Indonesia.[1].
Rencana tentang bangunan dan struktur di Indonesia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.