Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah (lahir sebagai Jasiah a/l Ravi[1]; 28 November 1971) ialah seorang ahli akademik dan pendakwah Islam Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Rektor Universiti Islam Selangor[2] sejak 1Januari 2022.[3] Beliau juga ialah seorang penulis buku.
Mohd Farid merupakan sarjana muda Usuluddin dari Universiti Ali al-Bait, Jordan dan sarjana Pengajian al-Quran & al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Tafsir & Ulum al-Quran dari Universiti Jordan pada 2015.[4]
Mohd Farid dilahirkan dalam keluarga Kristian.[1] Beliau tertarik dengan pembelajaran agama Islam sejak kecil sehingga mendorongnya untuk memeluk Islam pada umur 18 tahun di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur.[1] Sebelum masuk Islam, beliau terpengaruh dengan keluarga angkatnya iaitu Hashim Talin dan Saunah Arifin yang tinggal berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor.[4]