Yang Berhormat Tuan Mohamad Hanifah Abu Baker (lahir 16 Oktober 1980) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Labu selepas menang dalam pilihan raya negeri 2023.[2] Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan dan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan pada Januari 2024.[3] Sebelum itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua BERSATU Bahagian Rasah selepas menang dalam pemilihan partinya pada 2020.[4]
Keanggotaan Ahli Dewan Ahli Undangan Negeri Sembilan 1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14 • ke-15