Menteri Pembimbing

Menteri Mentor ialah sebuah jawatan yang diwujudkan di Singapura pada tahun 2004 semasa berlaku rombakan kabinet.

Menteri Mentor tunggal Singapura ialah Lee Kuan Yew. Perdana Menteri, Lee Hsien Loong telah mengumumkan mengenai perkara itu pada 12 Ogos 2004. Lee Kuan Yew sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri Singapura (1965-1990) dan Menteri Kanan (1990-2004).

Penubuhan jawatan ini ialah salah satu cara untuk mengekalkan Lee dalam kabinet selepas Perdana Menteri kedua Singapura, Goh Chok Tong meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Hal ini bagi memberi laluan kepada Lee Hsien Loong iaitu anak Lee Kuan Yew untuk menjadi Perdana Menteri. Peranan dan tanggungjawab Menteri Mentor ialah untuk memberi nasihat dan cadangan.

Pautan Pilihan

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!