Menglembu ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1986. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Pasir Puteh dan Kuala Pari.[1]
Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1982, ahli parlimen untuk kawasan Menglembu ialah Yew Foo Weng dari parti Barisan Nasional.[2]
Kawasan Menglembu terletak di tengah-tengah negeri Perak.[1] Ia diciptakan dari Ipoh-Menglembu. Walaubagaimanapun, kawasan Menglembu telah dihapuskan pada tahun 1982 dan kini ia telah digantikan dengan Pasir Pinji. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[3] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Menglembu. Mereka ialah S. P. Seenivasagam dari Parti Progresif Rakyat (PPP), Wong Kok Weng dari Parti Perikatan, dan Idham Khatib dari parti Barisan Sosialis. S. P. Seenivasagam telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 14,338.[4]
Kawasan parlimen Menglembu merangkumi Menglembu, Pasir Puteh, sebahagian daripada Green Town kecuali daerah mengundi Race Course, Pasir Pinji, dan Kampung Baru Bukit Merah.[5]