Masjid Tanjung Keling atau Tanjung Kling merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 10 (Batu 6 1/2), Tanjung Keling, 76400 Melaka.[1]
Alamat
- Masjid Tanjung Keling,
Km 10,
Tanjung Keling,
76400 Melaka
Sejarah
Masjid Tanjung Kling merupakan masjid tertua di Tanjung Kling. Ia memiliki seni bina yang unit yang menyerupai senibina masjid lama yang seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu.
Masjid ini dibina pada tahun 1921. Menara masjid ini dibina daripada pasir dan campuran putih telur, Ian ianya dibina terdahulu daripada pembinaan masjid, manakala tiang seri daripada kayu berlian dengan menggunakan gergaji dan ukiran tangan.
Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1958 dan 1987 melalui peruntukan Kerajaan Negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000.00. Pengubahsuaian ini melibatkan kerja-kerja tambahan pintu berhadapan tempat Imam.
Pengubahsuaian masjid ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tun Abdul Ghafar bin Baba.
Pentadbiran
Masjid Tanjung Keling merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid Tanjung Keling memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00166. Masjid Tanjung Kling merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004.
Rujukan
Pautan luar