Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam merupakan sebuah Masjid Naik Taraf yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Kos pembinaan masjid tersebut adalah sebanyak RM1,947,937.70, dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor.
Masjid Nurul Hidayah terletak di kedudukan Latitud 3 darjah, 8 minit, 43 saat Selatan dan Longitud 101 darjah, 44 minit, 54 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 31 minit, 27 saat. [1]
Pada bulan Ogos 2019, masjid tersebut dinaik taraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama-sama dengan 6 buah masjid lain di negeri tersebut menjadi Masjid Naik Taraf, dan Ahmad Luqman bin Ayob dilantik sebagai Pengurus Masjid bagi mengganti jawatan Nazir yang sebelum itu dipegang oleh Lotfe bin Hashim.