Mariah Carey (lahir 27 Mac1969)[2] merupakan penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengarah video muzik dan pelakonAmerika Syarikat. Penyanyi pop dan R&B ini merupakan seorang pemenang Anugerah Grammy.[3] Dia muncul buat pertama kali pada 1990 di bawah bimbingan eksekutif Columbia Records dan EMI. Tommy Mottola dan menjadi orang pertama lima lagu pertamanya menjadi juara carta Billboard Hot 100 AS. Selepas perkahwinannya dengan Motola pada 1993, beberapa siri rakaman hit memantapkan kedudukannya sebagai penyanyi paling laris Columbia. Mengikut majalah Billboard, dia merupakan artis 1990-an paling berjaya di Amerika Syarikat [4].
Carey mengambil alih kebanyakan hal-hal mengenai imej dan muziknya selepas pemisahannya dengan Mottola pada tahun 1997, dan memperkenalkan unsur-unsur hip hop dalam albumnya. Kepopularannya merosot ketika dia meninggalkan Columbia pada tahun 2001, dan dibuang oleh Rekod Virgin pada tahun yang berikut, akibat gangguan fizikal dan jiwanya yang diberi publisiti yang besar, serta sambutan yang lemah terhadap Glitter, projek filem dan runut bunyinya. Pada tahun 2002, Carey menandatangani sebuah perjanjian dengan Island/Def Jam, dan lepas suatu tempoh yang tidak berjaya, dia tampil ke depan muzik pop pada tahun 2005 dengan melancarkan album kesepuluhnya, The Emancipation Of Mimi.
Pada tahun 2000, Anugerah Muzik Dunia menamakan Carey sebagai artis wanita terlaris untuk selama-lamanya. [5]. Dia telah merakamkan paling banyak rekod single nombor satu di Amerika Syarikat bagi seorang artis solo (tujuh belas pada keseluruhannya). Selain daripada pencapaian-pencapaian komersilnya, dia juga dikenali untuk suara bunga lagu, jarak suara, kuasa suara, dan penggunaan tingkat suara siulan, dan sering dianggap sebagai salah satu penyanyi yang teragung untuk selama-lamanya. Bagaimanapun, sesetengah pengkritik telah mengatakan bahawa usaha-usaha Carey untuk mempamerkan bakat nyanyiannya telah menjejaskan keupayaannya untuk menyampaikan emosi benar melalui lagunya. [6][7]
^"Recent Births Are Announced". The Long-Islander. Huntington, New York. April 10, 1970. m/s. 2'3. Dicapai pada February 16, 2021 – melalui NYS Historic Newspapers. Recent births at Huntington Hospital have been announced as follows... March 27 Mariah, Mr. and Mrs. Alfred Carey, Huntington