Dr. Manmohan Singh (Bahasa Panjabi: ਮਨਮੋਹਨ ਸਿੰਘcode: pa is deprecated , Devanagari: मनमोहन सिंहcode: hi is deprecated , lahir 26 September 1932) Perdana Menteri Republik India yang ke-17. Beliau juga pernah berkhidmat selaku Menteri Kewangan Kesatuan India.[1] Beliau juga merupakan Gabenor Bank Rizab India dari tahun 1982 hingga 1985, lalu memegang jawatan Menteri Kewangan India mulai tahun 1991 hingga 1996 dalam kerajaan pimpinan Narsimha Rao. Manmohan Singh ialah seorang ahli parti Kongres Kebangsaan India yang mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri India pada 22 Mei 2004, menjadikan beliau penganut agama Sikh pertama yang menyandang jawatan tersebut, dan juga Perdana Menteri pertama yang mentadbir dari dewan negara iaitu Rajya Sabha. Di pilihan raya umum 2009, beliau melakar sejarah selaku Perdana Menteri pertama yang kembali berkuasa untuk penggal kedua setelah melengkapkan penggal lima tahun, semenjak Jawaharlal Nehru.