Malaysia telah menyertai Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dari 19 September hingga 4 October 2014. Danyal Balagopal Abdullah merupakan ketua perwakilan Malaysia di temasya sukan tersebut.[1] Satu pencapaian ketara yang dilakukan oleh pasukan Malaysia adalah memenangi pingat pertama dalam acara Memanah dalam sejarah Sukan Asia.[2]
Syarikat pembekal televisyen satelit Malaysia Astro dan penyiar swasta Kumpulan Media Prima TV3 dan TV9 memegang hak siaran Sukan Asia 2014 dalam negara. Dua penyiar terakhir itu menggantikan Radio Televisyen Malaysia (kali terakhir menyiarkan edisi 2010) sebagai syarikat pemegang hak bebas ke udara untuk acara sukan tersebut. Ia merupakan satu-satunya kes sebegini dalam penyiaran televisyen sukan Malaysia dekad 2010-an. Radio Televisyen Malaysia kemudiannya kembali memegang hak penyiaran bebas ke udara acara tersebut pada tahun 2018. Astro juga merupakan pasukan penerbitan untuk hos penyiar Incheon Asian Games Host Broadcasting Management (IHB, Syarikat Pengurusan Hos Penyiaran Sukan Asia Incheon).