Liga D Negara-Negara UEFA 2022–23 adalah divisyen keempat dari Liga Negara-Negara UEFA edisi 2022–23, musim ketiga pertandingan bola sepak antarabangsa ang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 anggota persatuan UEFA.
Liga D terdiri daripada tujuh ahli UEFA kedudukan terendah dari 49 hingga 55 dalam senarai akses Liga Negara-Negara UEFA 2022–23, dibahagikan kepada dua kumpulan (satu kumpulan empat pasukan dan satu kumpulan tiga pasukan). Setiap pasukan bermain empat atau enam perlawanan dalam kumpulan mereka, menggunakan format timbal balik bermain tempat sendiri dan tempat lawan pada bulan Jun (hari perlawanan empat kali) dan September 2022 (hari perlawanan berganda).[1] Pemenang kedua-dua kumpulan akan dinaikkan pangkat ke Liga C Negara-Negara UEFA 2024–25.[2]
Berikut adalah perubahan pasukan Liga C dari musim 2020–21:
Dalam senarai akses 2022–23, UEFA meletakkan kedudukan pasukan berdasarkan kedudukan keseluruhan Liga Negara-Negara 2020–21.[3] Pengagihan balang untuk fasa liga disahkan pada 22 September 2021,[4] dan berdasarkan pada senarai akses kedudukan.[2]
Undian untuk fasa liga berlangsung di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland pada 16 Disember 2021, 18:00 CET.[5][6] Kumpulan D1 mengandungi dua pasukan dari Balang 1 dan dua pasukan dari Balang 2, manakala Kumpulan D2 mengandungi dua pasukan dari Balang 1 dan satu pasukan dari Balang 2. Disebabkan oleh sekatan perjalanan yang berlebihan, mana-mana kumpulan boleh mengandungi maksimum satu daripada pasangan berikut: Andorra dan Kazakhstan, Malta dan Kazakhstan.
Senarai perlawanan telah disahkan oleh UEFA pada 17 Disember 2021, sehari selepas undian.[7][8]
Masa ialah CEST (UTC+2), seperti yang disenaraikan oleh UEFA (waktu tempatan, jika berbeza, adalah dalam kurungan).
Terdapat 44 gol telah dijaringkan dalam 18 perlawanan, dengan purata 2.44 gol setiap perlawanan.
5 gol
4 gol
2 gol
1 gol
1 gol sendiri
Tujuh pasukan Liga D akan menduduki tempat ke-49 hingga ke-55 secara keseluruhan dalam Liga Negara-Negara UEFA 2022–23 UEFA Nations League according to the following rules:[2][27]
Tidak seperti kelayakan play-off UEFA Euro 2024, Liga D yang kini dikecilkan tidak akan mempunyai laluan play-off sendiri. Sebaliknya, jika mana-mana Liga A, B atau C mempunyai kurang daripada empat pasukan yang tidak layak terus ke Euro 2024, pemenang kumpulan terbaik Liga D akan mara ke play-off (melainkan pasukan itu sudah layak ke Euro 2024). Tempat yang selebihnya akan diperuntukkan berdasarkan kedudukan keseluruhan Liga Negara-Negara, tertakluk kepada sekatan bahawa pemenang kumpulan dari Liga A, B dan C tidak boleh menghadapi pasukan dari liga yang lebih tinggi. Oleh itu, pasukan tambahan dari Liga D hanya boleh mara ke play-off jika cukup pasukan dari Liga C layak terus ke Euro 2024.[28]