Leo Tolstoy

Leo Tolstoy
Leo Tolstoy
Leo Tolstoy
Lahir(1828-08-28)28 Ogos 1828
Yasnaya Polyana, Empayar Rusia
Meninggal duniaNovember 20, 1910(1910-11-20) (umur 82)
Astapovo, Empayar Rusia
PekerjaanNovelist
GenreRealist

Count Lev Nikolayevich Tolstoy (9 September [G.L.: 28 Ogos] 182820 November [G.L.: 7 November] 1910) (Rusia: Лев Никола́евич Толсто́й, IPA: [lʲɛv nʲɪkɐˈlaɪvʲɪtɕ tɐlˈstoj] Mengenai audio inilisten ), selalunya disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Leo (Lyof, Lyoff) Tolstoy, ialah seorang pengarang novel, esei, drama dan filsuf berbangsa Rusia, dan juga seorang penyokong anarkisme Kristian yang berkecenderungan ke arah pencinta damai dan pembaharu pendidikan. Beliau ialah ahli keluarga aristokrat Tolstoy yang paling berpengaruh.

Sebagai seorang pengarang fiksyen, Tolstoy dianggap oleh orang ramai sebagai salah seorang novelis agung sepanjang zaman[1] terutamanya kerana mahakarya beliau seperti Vojna i mir dan Anna Karenina;[2] di mana skop, keluasan dan gambaran realistik masing-masing mengenai kehidupan Rusia abad ke-19 dianggap sebagai antara kemuncak karya genre realisme.[1] Sebagai seorang ahli falsafah moral, Tolstoy dikenali kerana idea-idea beliau mengenai tentangan tanpa kekerasan melalui karya-karya beliau seperti Alam Tuhan Ada di Dalam Anda, yang pula mempengaruhi tokoh-tokoh abad ke-20 seperti Mohandas K. Gandhi[3] dan Martin Luther King, Jr.

Beliau beberapa kali dicalonkan untuk meraih Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan selama empat tahun berturut-turut dari 1902 hingga 1906 serta Hadiah Keamanan Nobel pada tahun-tahunn 1901, 1902 dan 1910; kegagalan dia mendapat hadiah-hadiah ini sangat menjadi keluhan besar dan penuh kontroversi.[4][5][6][7]

Biografi

Awal hidup

Senja hidup

Karya terpilih

Novel

  • Siri Autobiografi:

Novel pendek

Terjemahan karya Leo Tolstoy ke bahasa Melayu

  • Gendang kosong dan dongeng lain. Kuala Lumpur, 1958, 85 h.
  • Haji Murat. Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: DBP, 2001, 242 p. (edisi kedua 2006).
  • Anna Karenina. Jilid 1-2. Penterjemah Annuar Ayob. Kuala Lumpur: DBP, 2000-2002, 756 + 643 h.
  • Petikan daripada roman Perang dan Damai. Cerita untuk Kanak-Kanak (Dua Sahabat. Orang Tua Yang Arif. Siapa yang Betul). - Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia. Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 68-72.


Rujukan

  1. ^ a b "Leo Tolstoy". Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada 4 September 2018.
  2. ^ Beard, Mary (5 November 2013). "Facing death with Tolstoy". The New Yorker.
  3. ^ Martin E. Hellman, Resist Not Evil in World Without Violence (Arun Gandhi ed.), M.K. Gandhi Institute, 1994, retrieved on 14 December 2006]
  4. ^ "Nomination Database". old.nobelprize.org. Dicapai pada 8 Mac 2019.
  5. ^ "Proclamation sent to Leo Tolstoy after the 1901 year's presentation of Nobel Prizes". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2019.
  6. ^ Hedin, Naboth (1950-10-01). "Winning the Nobel Prize". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2019.
  7. ^ "Nobel Prize Snubs In Literature: 9 Famous Writers Who Should Have Won (Photos)". Huffington Post (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2010. Dicapai pada 8 Mac 2019.

Pautan luar

Wikisource
Wikisource

Laman web yang didedikasi kepada Leo Tolstoy

Biografi dan kritik

Leo Tolstoy dalam media

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!