Kulit hadapan isu pertama dengan pelaram Eustace Tilley, direka oleh Rea Irvin. Imej atau variasinya, muncul dalam kulit hadapan The New Yorker dengan setiap isu ulang tahun.
The New Yorker merupakan majalah berbentuk pelaporan, komentar, kritikan, esei, cereka, satira, kartun, dan puisi dari Amerika Syarikat. Ia diterbitkan oleh Condé Nast. Bermula sebagai majalah mingguan dengan isu pertama dikeluarkan pada tahun 1925, majalah ini sekarang diterbitkan sebanyak 47 kali setahun, dengan limu isu daripadanya meliputi rentang selama dua minggu.
Walaupun ulasan dan penyenaraiannya lebih tertumpu kepada kegiatan kebudayaan di Bandaraya New York, The New Yorker mempunyai khalayak yang luas di luar New York. Ia dikenali kerana ilustrasi dan rangkuman tajuknya, komentar tentang budaya popular dan aneh Americana, tumpuan terhadap cereka moden dengan rangkuman cerita-cerita pendek dan ulasan sastera, suntingan kopi dan penyemak fakta yang tegas, kewartawanannya mengenai isu-isu sosial dan siasah serta kartun berpanel tunggal yang terdapat dalam setiap isu.