Sejarah Muzium Negeri Sembilan bermula apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran Istana Ampang Tinggi dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah dan dijadikan Muzium Negeri. Disebabkan lokasi yang kurang sesuai, Muzium Negeri kemudiannya dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya Jalan Sungai Ujong. Bangunan Teratak Perpatih telah diisytiharkan secara rasminya oleh YAB Dato' Mohd. Isa bin Hj. Abdul Samad pada 8 Julai 1986. Bangunan itu yang dahulunya adalah astaka pertandingan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1981 telah diubahsuai dan dipelihara sebagai tanda kenangan dan kerana ciri-ciri Minangkabaunya, sebagai lambang senibina dan budaya rakyat Negeri Sembilan.
Lembaga Muzium Negeri Sembilan merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri. Lembaga Muzium adalah satu badan yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada umum, memperolehi, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, penelitian dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.
Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956.
Menjadikan muzium mengumpul memelihara dan mempamer koleksi adat dan warisan negeri yang terunggul di Malaysia menjelang 2045
Menjadi pusat rujukan adat dan warisan negeri melalui amalan permuziuman yang kreatif, inovatif, efektif dan sentiasa mesra pelanggan.
Dasar-dasar sebagai fokus utama:
Alamat: Jalan Sg. Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telefon: 06-7631149
Faks: 06-7615355
Waktu Lawatan: Selasa - Ahad (9.00 pg - 5.00 ptg); Isnin (Tutup)
[1]