Laksamana Muda (rear admiral) di dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat adalah dua pangkat pegawai bertauliah yang berlainan: pegawai berbendera satu bintang dan pegawai berbendera dua bintang. Sebaliknya, di kebanyakkan negara lain, istilah "Laksamana Muda" merujuk hanya kepada pegawai berpangkat dua bintang.
Insignia kolar pakaian khidmat khaki Laksamana Muda Rendah. Jalur lengan dan bintang epaulet Laksamana Muda Rendah.
Laksamana Muda Rendah (Rear admiral (lower half)) ialah pegawai berbendera yang berpangkat satu bintang, dengan gred gaji O-7 dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional.[1][2][3]
Pangkat laksamana muda rendah berada di atas kepten dan di bawah laksamana muda. Laksamana muda rendah setaraf dengan pangkat brigedier jeneral dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, dan Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan setaraf dengan pangkat komodor di kebanyakkan tentera laut lain.[4] Di dalam perkhidmatan beruniform AS, rear admiral (lower half) menggantikan pangkat commodore pada tahun 1985.
Insignia kolar pakaian khidmat khaki Laksamana Muda. Jalur lengan dan bintang epaulet Laksamana Muda.
Laksamana Muda (Rear admiral), juga kadangkala dirujuk secara tidak rasmi sebagai "rear admiral (upper half)" atau laksamana muda kanan, ialah pegawai berbendera yang berpangkat dua bintang, dengan gred gaji O-8 dalam Tentera Laut AS, Pengawal Pantai AS, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam AS, Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional dan Perkhidmatan Maritim Amerika Syarikat.[1][2][3]
Pangkat laksamana muda berada di atas laksamana muda rendah dan di bawah laksamana madya. Laksamana muda setaraf dengan pangkat mejar jeneral dalam Tentera Darat U.S., Tentera Udara, Kor Marin, dan Tentera Angkasa. Ia adalah pangkat tetap tertinggi semasa aman dalam perkhidmatan beruniform. Semua yang pangkat lebih tinggi adalah pangkat sementara dan dikaitkan dengan pemerintah atau pejabat khusus mereka dan tamat tempoh apabila penggal mereka berakhir.[5]
Menurut statut, Kongres telah mengehadkan jumlah bilangan pegawai berbendera yang mungkin bertugas aktif pada bila-bila masa. Jumlah bilangan pegawai berbendera dihadkan kepada 162 orang untuk Tentera Laut Tetap,[6] ditambah dengan bilangan kecil pegawai berbendera dalam pasukan Simpanan Tentera Laut yang samada aktif bertugas sepenuh masa, aktif bertugas sementara, atau dalam Senarai Status Aktif Simpanan sebagai askar simpanan sambilan. Beberapa bilet ini dikhaskan atau ditetapkan oleh statut. Sebagai contoh, Timbalan Ketua Hakim Peguam Tentera Laut merupakan seorang rear admiral dua bintang dalam Tentera Laut.[7][8][9] Statut baharu yang digubal pada tahun 2016 mengurangkan had ke atas jumlah bilangan pegawai berbendera yang bertugas aktif dalam Jabatan Pertahanan kepada 151 orang, berkuatkuasa 31 Disember 2022.[10]
Di dalam Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam, separuh daripada Asistan Pakar Bedah Am adalah rear admiral satu bintang dan tidak lebih daripada separuh merupakan rear admiral dua bintang.[11] Ketua pegawai perubatan Pengawal Pantai juga merupakan rear admiral dua bintang dari kor tauliah, ditugaskan ke Pengawal Pantai.[11] Pegawai yang berkhidmat dalam jawatan perisikan tertentu tidak dikira oleh had statutori.[12]
Kategori berkenaan Laksamana Muda (Amerika Syarikat) di Wikimedia Commons