Kuswadinata
Kelahiran Kuswadi bin Bujang
(1938-09-08 ) 8 September 1938Meninggal dunia 16 Februari 2013(2013-02-16) (umur 74) Sebab kematian Masalah buah pinggang dan kanser usus Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Selangor Pekerjaan Pelakon Tahun aktif 1958–2013 Pasangan Kamariah Mohd. Said (k. 1981–2013) Anak-anak 4
Kuswadi Bujang atau lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata (8 September 1938 – 16 Februari 2013) merupakan pelakon lelaki Singapura -Malaysia .[ 1] Dilahirkan di Jalan Thomson, Singapura , Negeri-negeri Selat , beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).
Kehidupan peribadi
Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak , Kalimantan Barat , Indonesia seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau , Negeri Sembilan .
Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.
Kerjaya filem
Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions , Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah L. Krishnan dan Mahmud Jun pada 1958. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman S. Roomai Noor . Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama P. Ramlee , Saadiah dan Ahmad Nisfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan, abang tiri Tengku Zaleha lakonan Saadiah.
Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin , Sarimah dan Haji Mahadi . Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada 1961.
Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure , Pretty Girls dan Beyond Rangoon .
Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang.
Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid .
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga ; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang .
Pak Kus berlakon dalam beberapa lagi filem Kacha Permata (1966), Aku Mahu Hidup (1970), Jejak Bertapak (1981), Sikit Punya Gila (1982), Tarik-Tarik (1993), Kaki Bakar (1995), KLU (1999), Lang Buana (2003) dan Jalang (2009).
Kematian
Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.[ 2]
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
Tajuk
Watak
Saluran TV
Catatan
1990
Tangisan Terakhir
TV1
Telefilem pertama
1992
Suzan
TV3
Lambaian
Duri-duri Bandaraya
1996
Orang Gaji
2000
Mega
2002
Cinta Yana & Addin
VCD
2003
Misteri Jeram Lesung
Neon
Penduduk Kampung I
Penampilan khas
2004
Pontianak Dot3 2nd Jibam
2006
Empayar
2009
Siti Tivi
Astro Ria
Jiran Che Yam
Pak Halim
TV2
2010
Ar-Rayyan
TV3
2011
Mariam Anisa
Astro Prima
2014
Daging Darah
TV1
Telefilem terakhir
Televisyen
Tahun
Tajuk
Peranan
Saluran TV
Catatan
2010
Biografi: P. Ramlee
Dirinya sendiri
History
Dokumentari
2011
Terima Kasih
Astro Prima
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar