Bahagian Kowloon utara di Boundary Street (Kowloon Baru) telah dipajakkan oleh pihak British sebagai sebahagian daripada Wilayah Baru pada 1898 untuk 99 tahun. Dalam lingkungan Kowloon Batu adalah bandar raya Kowloon, yang merujuk sebuah kawasan, di mana Kota Tembok Kowloon pernah terletak. Kota Tembok Kowloon telah dirobohkan pada 1993. Kawasan yang sama pernah dipanggil 官富場 (Pinyin: Guanfuchang) sewaktu dinasti Song.
Walau bagaimanapun, dewasa ini Kowloon Baru tidak dianggap sebagai daripada sebahagian Wilayah Baru, sebaliknya sebahagian kawasan bandar Kowloon di kedua-dua belah Boundary Street. Bagi tujuan taksiran cukai, Kowloon Baru tidak dianggap sebahagian daripada Kowloon dan kekal sebagai "Wilayah Baru" seperti dalam akta-akta. Hartanah di Kowloon Baru tertakluk pada pembayaran pajak tanah seperti mereka di New Territories.
Oleh sebab Kowloon hampir dengan Lapangan Terbang Kai Tak, pembinaan bangunan dihadkan oleh ketinggian laluan penerbangan. Berbanding dengan Pulau Hong Kong, Kowloon menyebabkan dari segi seni bina; latar langit yang lebih rendah.[1] Selepas Perang Dunia Kedua, Kowloon menjadi teramat sesak dibanjiri perumahan setinggan yang diduduki orang pelarian dari penubuhan Republik Rakyat China, justeru diberi laluan kepada kawasan perumahan awam, yang bercampur dengan kawasan perumahan persendirian, komersial dan perindustrian.
Kowloon Barat pernah dijadikan pangkalan untuk limbungan untuk Tentera Laut Diraja dan kini digunakan untuk teduhan taufan. Ia boleh disampai melalui bot; dinamakan Star Ferry. Pada 1 Julai 1997, kedua-dua bahagian Kowloon dipindahkan kepada Republik Rakyat China bersama seluruh Hong Kong yang lain.