Kolej Vokasional Port Dickson atau nama ringkasnya KVPD, merupakan sebuah kolej vokasional yang terletak di KM 5 Jalan Seremban, Port Dickson.
Pada tahun 2012, Sekolah Menengah Teknik Port Dickson telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson dan kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Vokasional Port Dickson atau KVPD pada tahun 2013 dengan pengambilan pelajar pertama seramai 296 orang dengan menawarkan 9 kursus. KVPD ditadbir oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh 2 Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Akademi dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademi.
Pada tahun 2009, Kolej Vokasional Port Dickson (ketika itu Sekolah Menengah Teknik Port Dickson), memiliki 292 orang pelajar lelaki dan 106 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 398 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009
Antara kursus yang ditawarkan adalah:
● Mekanikal Pemesinan Industri
● Mekanikal Teknologi kimpalan
● Mekanikal Teknologi Automotif
● Mekanikal Penyejuk bekuan & Penyamanan Udara
● Teknologi Binaan Bangunan
● Teknologi Elektrik
● Teknologi Elektronik
● Pengurusan Perniagaan
● Pengurusan Pelancongan
● Sistem komputer dan rangkaian