Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze atau Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) merupakan sebuah kolej universiti perubatan swasta yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dahulunya dikenali sebagai Allianze College of Medical Sciences (ACMS). Diasaskan pada 2002 oleh Dato' Zainuddin Wazir.
Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze telah menutup operasinya pada tanggal 15 Oktober 2014, berikutan kekangan kewangan kolej berkenaan. Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, penutupan kolej menandakan "lampu kegelapan" buat pendidikan swasta di Malaysia, dan beliau mahukan pemilik dan pengurusan kolej dikenakan tindakan yang lebih tegas.[1]