Genting Skyway terletak di Batang Kali, Selangor, bersebelahan dengan pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Genting Skyway menyediakan perkhidmatan kereta kabel dari Gohtong Jaya ke Highlands Hotel dan Genting Highlands Resort.
Genting Skyway telah dirasmi oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada tahun 1997. Ia menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini untuk menikmati keindahan hutan belantara Banjaran Titiwangsa. Harga tiket sehala ialah RM 5.00 sahaja.
Galeri
-
Pemandangan kabin dari stesen bawah
-
Pemandangan kabin dari stesen atas
-
Pemandangan kabin dari stesen bawah
-
Bahagian atas tiang lalu berukuran 45 m
-
Ketibaan kereta kabel ke Resort Hotel.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar