Kerajaan Mesir (Arab: المملكة المصرية Al-Mamlaka l-Maṣreyya, "Kerajaan Mesir") adalah suatu negara beraja de jure bebas merangkumi Mesir moden ditubuhkan bawah Wangsa Muhammad Ali di 1922 berikutan Perisytiharan Kemerdekaan Unilateral Mesir bersama United Kingdom.
Kedaulatan kerajaan ini tertakluk kepada batasan ketat yang dikenakan oleh pihak British banyak disimpan besar kawalan ke atas Mesir dari segi hubungan diplomatik luar dan penasihatan politik, malah anggota tentera masih kekal berpangkalan di negara itu. Sudan disatukan dengan Mesir secara formalnya dalam pemerintahan ini. Walau bagaimanapun, peranan kuasa Mesir di Sudan sangat nominal kerana kewujudan Britain sebagai kuasa dominan Sudan British-Mesir.
Kerajaan ini banyak berhadapan dengan rasuah, dan rakyatnya melihat pemerintahan ini sebagai suatu negara yang dibonekakan pihak British. Perkara ini, selain kekalahan negara tersebut dalam Perang Palestin yang dianggap sungguh memalukan itu telah membawa kepada Revolusi Mesir 1952 oleh Gerakan Pegawai Bebas yang menggulingkan pemerintahan Raja Farouk I. Baginda turun takhta agar mahkota baginda diberikan kepada anakandanya Fuad II yang pada ketika itu sangat muda, namun pemerintahan ini dihapuskan secara rasminya setahun kemudian digantikan dengan suatu pemerintahan republik. Status undang-undang Sudan hanya diselesaikan pada tahun 1954, ketika Mesir dan Britain bersetuju bahawa ia harus diberikan kemerdekaan pada tahun 1956.
Rujukan
Bacaan lanjut
- Daly, M.W. The Cambridge History Of Egypt Volume 2 Modern Egypt, from 1517 to the end of the twentieth century (1998) online
- Botman, Selma. "The liberal age, 1923–1952." in M.W. Daly, ed. The Cambridge History of Egypt, Vol. 2: Modern Egypt, from 1517 to the End of the Twentieth Century (2008), pp 285-308.
- Goldschmidt Jr., Arthur. Biographical Dictionary of Modern Egypt (1999).
- Karakoç, Ulaş. "Industrial growth in interwar Egypt: first estimate, new insights" European Review of Economic History (2018) 22#1 53–72, online
- Marlowe, John. A History of Modern Egypt and Anglo-Egyptian Relations, 1800-1953 (1954).
- Morewood, Steve. The British Defence of Egypt, 1935-40: Conflict and Crisis in the Eastern Mediterranean (2008).
- Rothwell, S. K. "Military Ally or Liability? The Egyptian Army 1936–1942." Army Quarterly & Defence Review 128#2 (1998): 180-7.
- Royal Institute of International Affairs. Great Britain and Egypt, 1914-1951 (2nd ed. 1952) online at Questia; also online free
- Thornhill, Michael T. "Informal Empire, Independent Egypt and the Accession of King Farouk." Journal of Imperial and Commonwealth History 38#2 (2010): 279-302.
- Tignore, Robert L. Egypt: A Short History (2011) online