Kelayakan UEFA Euro 2016 Kumpulan A merupakan peringkat kelayakan ke UEFA Euro 2016 di Perancis. Dua pasukan teratas akan layak ke Euro 2016 manakala tempat ketiga akan ke perlawanan play-off.[1] Kumpulan A terdapat enam pasukan iaitu Belanda, Republik Czech, Turki, Latvia, Iceland dan Kazakhstan.[2]
Jadual perlawanan telah ditentukan oleh UEFA pada hari yang sama ketika cabutan yang diadakan pada 23 Februari 2014 di Nice, Perancis.[3]