Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 UEFA Kumpulan C adalah satu dari sepuluh kumpulan UEFA dalam kejohanan kelayakan untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.[1] Kumpulan C terdiri dari lima pasukan: Bulgaria, Itali, Lithuania, Ireland Utara dan Switzerland.[2] Pasukan akan bermain menentang satu sama lain dalam kumpulan di tempat sendiri dan tempat lawan.[3]
Juara kumpulan, Switzerland akan layak secara langsung ke pusingan akhir Piala Dunia, sementara naib juara, Itali akan mara ke pusingan kedua (play-off).
Senarai perlawanan disahkan oleh UEFA pada 8 Disember 2020, sehari selepas keputusan undian.[4][5][6] Masa adalah CET/CEST,[nota 1] seperti yang disenaraikan oleh UEFA (waktu tempatan, jika berbeza, berada dalam kurungan).
Seorang pemain digantung secara automatik untuk perlawanan seterusnya kerana kesalahan berikut:[29]
Menerima kad merah (penggantungan kad merah boleh dilanjutkan kerana kesalahan serius)
Menerima dua kad kuning dalam dua perlawanan yang berbeza (penggantungan kad kuning dibawa ke play-off, tetapi tidak ke pusingan akhir atau perlawanan antarabangsa yang akan datang)
Penggantungan berikut telah (atau akan) dilaksanakan semasa perlawanan kelayakan:
vs Ireland Utara (8 September 2021) vs Ireland Utara (9 Oktober 2021)
vs Lithuania (12 Oktober 2021)
Nota
^CET (UTC+1) untuk perlawanan sehingga 27 Mac dan dari 31 Oktober (hari perlawanan 1 dan 9–10), dan CEST (UTC+2) untuk perlawanan dari 28 Mac hingga 30 Oktober 2021 (hari perlawanan 2–8).
^Perlawanan Switzerland v Lithuania, pada asalnya akan dimainkan di jam 20:45 UTC+2, ditangguhkan selama 15 minit untuk menggantikan palang gol yang salah ukurannya.[10]