Laman ini menyediakan ringkasan dari perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 untuk Pusingan Keempat AFC.
Pusingan keempat menyaksikan lima pemenang kumpulan dan lima naib juara kumpulan dari pusingan ketiga berpecah kepada dua kumpulan lima paukan.[1] Perlawanan telah dimainkan dari 3 Jun 2012 hingga 18 Jun 2013.[1] Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara ke kejohanan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil, manakala kedua-dua pasukan di tangga ketiga mara ke pusingan kelima.
Undian untuk pusingan Empat telah diadakan pada 9 Mac 2012 di Kuala Lumpur, Malaysia,[2] dengan pasukan diletakkan sebagai pilihan mengikut Kedudukan FIFA mereka pada Mac 2012.[3] Kedudukan FIFA telah digunakan yang dikeluarkan pada 7 Mac 2012 dan termasuk semua perlawanan dari kelayakan zon Asia untuk Piala Dunia FIFA 2014 pusingan ketiga.[4] Sepuluh pasukan (ditunjukkan di bawah dengan Kedudukan FIFA mereka pada Mac 2012 dalam kurungan, dan kedudukan mereka pada pusingan ketiga dalam kurungan kecil)[5] berpecah kepada lima balang, dengan setiap kumpulan mengandungi satu pasukan dari setiap balang.[6]
Australia (20) (D1) Korea Selatan (30) (B1)
Jepun (33) (C2) Iran (51) (E1)
Uzbekistan (67) (C1) Iraq (76) (A1)
Jordan (83) (A2) Qatar (88) (E2)
Oman (92) (D2) Lubnan (124) (B2)
Perlawanan telah dimainkan dari 3 Jun 2012 hingga 18 Jun 2013.[1]
Seperti hari perlawanan terakhir bertindih dengan Piala Konfederasi FIFA 2013 (yang bermula pada 15 Jun 2013), pusingan cabutan keempat telah diselaraskan untuk memastikan Jepun (wakil AFC untuk Piala Konfederasi) mendapat 'bye' pada 18 Jun 2013, dengan meletakkan mereka pada kedudukan 5 (dari kedudukan 2 di mana Jepun sepatutnya diletakkan pada tarikh cabutan) dalam kumpulan mereka agar tidak bermain pada hari perlawanan terakhir.[7]
Pemain pertahanan Lubnan Ramez Dayoub didapati bersalah mengatur perlawanan selepas hantaran bola ke belakangnya membawa kepada gol tunggal perlawanan ketika tewas 1-0 kepada Qatar.[8] Dayoub digantung seumur hidup oleh Persekutuan Bola Sepak Lubnan.
Terdapat 86 gol dalam 40 perlawanan, untuk purata 2.15 gol setiap perlawanan.