Kejohanan Remaja B-19 AFC 2016 akan menjadi edisi ke-39 Kejohanan Remaja B-19 AFC, kejohanan bola sepak belia yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi pemain-pemain pasukan kebangsaan di bawah umur 19 tahun daripada ahli persatuan mereka. Kejohanan ini akan diadakan di Bahrain, sebagaimana yang diumumkan oleh AFC pada 3 Jun 2015.[1][2] Kejohanan ini dijadual akan dimainkan antara 13 hingga 30 Oktober 2016.[3]
Empat Peserta Separuh Akhir kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017 di Korea Selatan. Korea Selatan layak secara automatik ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017 sebagai tiket tuan rumah. Jika Korea Selatan berakhir di empat tempat teratas dalam kejohanan ini, pasukan kelima (iaitu, pasukan yang kalah di suku akhir dengan rekod terbaik dalam kejohanan ini) akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017.
Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan ini. Bahrain telah melayakkan diri sebagai tuan rumah, tetapi juga akan bersaing dalam kelayakan, untuk dimainkan antara 28 september hingga 6 Oktober 2015, bagi menentukan baki 15 pasukan.
Kejohanan ini bermain dalam dua tempat:
Cabutan akhir akan diadakan pada 30 April 2016 di Manama.[4]
Bahrain Qatar Korea Utara Uzbekistan
Jepun Thailand Emiriah Arab Bersatu China
Australia Iraq Korea Selatan Yaman
Iran Vietnam Arab Saudi Tajikistan
Pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1997 layak untuk bersaing dalam kejohanan ini. Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 23 pemain (minimum tiga daripadanya mestilah penjaga gol).[5]
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara ke Suku Akhir.
Jika dua atau lebih pasukan yang sama pada mata setelah selesai perlawanan kumpulan, kriteria berikut digunakan untuk menentukan kedudukan.[5]
Pemenang layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017.
Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.
Pasukan (Zon Asia) yang layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017: