Kapal KRI Teluk Sabang (544) milik Indonesia merupakan kapal perbekalan/logistik milik tentera laut Indonesia. KRI Teluk Sabang memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Sabang dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur. Ia dilancarkan pada 1980.
KRI Teluk Sabang pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (E36) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1995. Ia telah dilengkapkan dengan kren besar dibahagian hadapan kapal bagi pengendalian kargo.
Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Sabang adalah KRI Teluk Gilimanuk, KRI Teluk Celukan Bawang, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Peleng, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Manado, KRI Teluk Hading, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sangkulirang, dan KRI Teluk Sirebon.
Kapal KRI Teluk Sabang sepanjang 90.70meter; 11.12meter * 3.4meter ( 297.6kaki panjang * 36.5kaki * 11.2kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Sabang mempunyai seseran 1,900 tan penuh dengan 600 tan kargo.
KRI Teluk Sabang mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.
TORPEDO
Tiada
PELURU BERPANDU
Tiada
PENANGKIS "COUNTERMEASURES"
MERIAM
KRI Teluk Sabang dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.
PENGESAN
KRI Teluk Sabang memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode".
TUJAHAN
Kapal KRI Teluk Sabang mempunyai dia enjin disel dengan 2 gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.
Pautan luar