KRI Teluk Peleng

Kapal KRI Teluk Peleng (535) milik tentera laut Indonesia merupakan kapal perbekalan/logistik. KRI Teluk Peleng memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Peleng dibina oleh VEB Peenewerft, Wolgast, Jerman Timur. Ia dilancarkan pada 1978.

KRI Teluk Peleng pada asalnya merupakan kapal pendarat serdahana jenis 108, kelas 'Frosch-I' (632) milik Jerman Timur. Ia telah diubahsuai dengan pembuangan persenjataan untuk dijadikan sebagai kapal perbekalan/logistik dan diletakkan dalam angkatan PAC pada 1993. Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KRI Teluk Peleng adalah KRI Teluk Gilimanuk, KRI Teluk Celukan Bawang, KRI Teluk Cendrawasih, KRI Teluk Berau, KRI Teluk Sibolga, KRI Teluk Manado, KRI Teluk Hading, KRI Teluk Parigi, KRI Teluk Lampung, KRI Teluk Jakarta, KRI Teluk Sangkulirang, KRI Teluk Sirebon, dan KRI Teluk Sabang.

Kapal KRI Teluk Peleng sepanjang 90.70meter; 11.12meter * 3.4meter ( 297.6kaki panjang * 36.5kaki * 11.2kaki) mempunyai kelajuan beroperasi 18 knot. KRI Teluk Peleng mempunyai seseran 1,900 tan penuh dengan 600 tan kargo.

KRI Teluk Peleng mempunyai 42 orang anak kapal termasuk pegawai. Selain itu ia mampu membawa muatan kargo antara 400-600 tan ataupun digunakan bagi membawa tentera.

TORPEDO

Tiada

PELURU BERPANDU

Tiada

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"

MERIAM

KRI Teluk Peleng dilengkapi dengan dua meriam 37 mm, satu daripadanya berkembar. Meriam ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

PENGESAN

KRI Teluk Peleng memiliki radar pengesan permukaan dan udara MR-302/Strut Curve. Radar tersebut merupakan radar pengawas yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman awal. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode".

TUJAHAN

Kapal KRI Teluk Peleng mempunyai dia enjin disel dengan 2 gandar yang mampu menghasilkan 12,000 bhp dengan kelajuan 18 knot.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!